Ahad, 8 Mei 2011

DARTS - Animasi 3D Terbaru Yang Saya Hasilkan Sendiri

Assalamualaikum

Darts merupakan animasi pendek 3d terbaru aku yang baru sahaja disiapkan sepenuhnya pada 3 Mei yang lepas. Animasi ini merupakan animasi kedua aku selepas Toy Alive yang disiapkan pada tahun lepas. Sekiranya nak tengok hasil kerja aku Ini, korang bolehlah tekan gambar di bawah ini.






Info

- Berdurasi 01:20
- Menggunakan software 3ds Max, Adobe Premiere, Adobe After Effects
- Lebih 130 jam masa untuk render 1 minit animasi.
Intel® Core™ i5, 3.2GHz, 8GB DDR3 RAM, 1GB ATI Radeon™ HD 5450
    
Animasi ini amat simple sebenarnya kalau berbanding dengan Toy Alive sebab Darts tidak banyak model dan setnya pula sangat ringkas. Tempohnya juga begitu singkat iaitu cuma 1 min 25 saat saja. Aku mula cuba menggunakan hair and fur modifier dan daylight system dalam animasi ini. Aku juga telah render animasi ini dalam format HD supaya gambar dapat dihasilkan dengan kualiti yang tinggi.


Proses Pembikinan

Asalnya aku nak buat animasi yang sangat pendek dan ringkas iaitu dalam masa 30 saat saja. Tapi dengan tidak sengajanya aku terlebih masa jadi 1 minit + 20 saat kredit =  1 min 20 saat. Jadi proses nak buat juga bertambah lama. Aku mulakan projek ni pada akhir bulan Disember 2010 dan siap pada 3 Mei 2011. Aku ambik masa yg lama sebab aku buat sikit demi sedikit terutamanya pada hari minggu atau ada masa terluang. Maklumlah aku masih bergelar mahasiswa lagi. Jadi banyak assignment yang perlu diutamakan dulu dan tak banyak masa terluang.


Gambar 1

Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Kebanyakan model aku buat menggunakan teknik box modelling. Daripada bentuk box, aku modify menjadi bentuk karakter secara kasar (gambar 1) dan aku menggunakan turbosmooth (gambar 2). Kemudian aku buat rambut kepada karakter tersebut (gambar 3). Akhir sekali aku memasukkan biped untuk menggerakkan karakter tersebut (gambar 4).


Salah seorang karakter


Ekspresi muka dibuat menggunakan morpher modifier dengan mengubah setiap bentuk ekspresi yang mahu dibuat satu persatu.



Proses animasi (pergerakan)

Rendering

Rendering merupakan proses akhir bagi setiap animasi yang menggabungkan elemen cahaya, tekstur, material, bayang-bayang, dan lain-lain lagi membentuk sesuatu imej. Lihat gambar dibawah untuk faham lebih lanjut.
Imej sebelum render
Imej selepas render
Dalam animasi Darts ini, aku tak kira dengan teliti masa yang diambil untuk render kesemua scene. Tapi aku yakin ianya lebih 130 jam. Untuk membuat 1 saat video animasi, ianya memerlukan 25 atau 30 imej/frame yang perlu dirender. Bagi animasi Darts ini, setiap imej yang dirender adalah dalam 4 - 7 minit. 1 saat = 25 imej.  1 minit = 1500 imej. 1500 imej yang perlu dirender untuk menghasilkan 1 minit animasi. Jadi, sebab itulah proses render sangat lama.


Selepas aku siap rendering, aku edit dengan menyusun scene yang ada dan memasukkan sound effect. Untuk kerja editing ini, aku menggunakan Adobe Premiere. Sound Effect pula aku download kat laman web yang menyediakan sound effect percuma.


Selepas itu, aku guna Adobe After Effects untuk color correction dan buat kredit.

Akhirnya aku dapat siapkan juga animasi ini. Tapi aku tidak berapa puas hati dengan hasil kerja aku ini. Banyak lagi kelemahan yang sangat ketara yang ada pada animasi ini. Apa-apa pun aku gembira dapat buat animasi ni dan tak pernah rasa jemu. Ini lah minat aku dan aku harap aku dapat buat yang lebih baik untuk projek yang akan datang. Please support me dan tunggu projek terbaru akan datang pula ya. 

Aku harap korang dapat komen mengenai animasi ini. Terima kasih.

7 comments:

Shafiq Izwan berkata...

ok sem depan ajo aku plk. hehe.

Mustaffa Khairul Azzam berkata...

pergh...mantap giler...salute + tabik spring kat bro.... nnt boleh lawan upin ipin ngan boboiboy..

alkisah69 berkata...

HEBAT LA LU NRO TAHNIAH

Alif Haris berkata...

perghh nice editor .. bagus2 .. keep it up

Siti Nurazlinda berkata...

pandainya buat animasi macam ni. bole buat duit woo ! :) teruskan usaha ye

Badrina Ibtisam berkata...

WOW! AWESOME! <3

Dinie Shuhaimi berkata...

shafiq- orite..
Mustaffa Khairul Azzam,alkisah69,alif haris,Siti Nurazlinda,Badrina Ibtisam- terima kasih ;)

Magnifying the Universe


The Universe made possible by Number Sleuth