Ahad, 3 April 2011

Motion Capture

Assalamualaikum

Rasa-rasa korang pernah dengar tak perkataan motion capture atau mocap ni? Tapi aku pasti korang mesti pernah tengok proses motion capture kalau korang pernah tengok the making of / behind the scene filem-filem hollywood kat tv. Sekarang aku nak kongsi info pasal motion capture ni.

Motion Capture adalah cara untuk merakam gerakan manusia tanpa menggunakan keyframe secara manual. Data boleh digunakan untuk menghidupkan watak digital di filem, game, animasi, dan lain2 untuk mendapatkan gerakan manusia yang realistik. Kalau tak paham juga jom tgk gambar kat bawah ni.


Dalam teknik ini, marker perlu dipasangkan pada badan orang yang hendak melakukan pergerakan tersebut (pelakon).Beberapa kamera khas untuk motion capture ini  pula perlu dipasang di sekeliling kawasan aksi pergerakan tersebut. Kamera ini akan mengesan marker yang dipasang pada badan pelakon tersebut.

Marker mempunyai beberapa jenis antaranya ialah passive marker dan active marker. Passive marker mempunyai sifat yang reflektor(boleh pantul cahaya) dan active marker pula boleh mengeluarkan cahaya sendiri. Markerless pula boleh dikesan pergerakan tanpa menggunakan marker.

Inertial Motion Capture - Xsens MVN
Menggunakan sut
Menggunakan bilik khas













Ni antara contoh markerless.



Gambar di atas ni pula merupakan antara jenis kamera khas untuk kerja2 motion capture ini. Kamera ini hanya mengesan pergerakan marker sahaja.Selain drpd kamera macam kat atas ni, ada juga kamera khas yang digelar virtual camera yg selalu digunakan. Fungsinya sama seperti kamera di atas iaitu mengesan pergerakan tapi virtual camera boleh dikendali dan melakukan pergerakan kamera seperti kamera biasa tidak seperti kamera di atas yg hanya statik/tidak bergerak.

Ini contoh gambar virtual camera.



Gambar di atas ni pula kedudukan kamera yang betul. Untuk seorang pelakon, minimum 6 kamera perlu disediakan dan maksimum 8 kamera. Bagi 2 orang pelakon, minimum 12 kamera manakala maksimum 24 kamera.

Motion capture juga bukan sahaja boleh mengesan pergerakan badan, malah ekspresi muka (face motion capture) juga boleh dikesan dengan menggunakan alat khas macam gambar kat bawah ni.


Antara software yg melibatkan motion capture ialah Vicon, ARENA™ Motion Capture SoftwareAutodesk MotionBuilder dan banyak lg.


Selepas pergerakan diambil, data marker tersebut akan diimport ke software seperti MotionBuilder untuk disatukan dgn karektor 3d yang telah dihasilkan.


Rasa2nya ada tak filem Malaysia yg menggunakan teknik ini? Pada pandangan aku industri filem Malaysia masih jauh ketinggalan jika berbanding dengan filem hollywood. Untuk mencapai tahap yg menggunakan motion capture ini, industri filem kita perlu terlebih dahulu memperkayakan CGI dan animasi dahulu. Kalau cara motion capture ini digunakan tapi CGI dan animasinya hancur, memang tak tau la nak cakap apa. Rugi duit jer. 







5 comments:

zieyRa suLLey© berkata...

hi, jom juin bloglist zieyra,
http://zieyrasulley.blogspot.com/2011/04/jom-juin-bloglist-kite.html

Organik Aceh berkata...

Artikel yang sangat bermanfaat. Thanks for share.

Sheril (thePrincess) berkata...

Encik dinie anak ahmad Shuhaimi

sesungguhnya nama bapak kita sama 100% haha . follow anda :)

Balkis berkata...

same la dgn move ps3 tu kan?tp tak yah lak kene tepek2 lampu2

Dinie Shuhaimi berkata...

zieyra- kalau ad mase sy join ea..
organik acheh- thanks, sharing is caring..
sheril(puteri)- cik sheril anak ahmad shuhaimi, ye la sama la nama bapak kita.. haha..
Balkis- mgkin teknologi die berlainan kot..

Magnifying the Universe


The Universe made possible by Number Sleuth