Isnin, 10 Januari 2011

Tutorial Boujou (Artikel)



Asas Boujou (Automatic tracking)

1. Buka Boujou.
2. Klik Import Sequence dan pilih video yang ingin dimasukkan.
3. Klik Track Features dan klik start dan tunggu sehigga proses ini siap.
4. Kilk Camera Solves dan tunggu sehingga proses ini siap.
5. Pilih beberapa point/track.
6. Klik Scene Geometry, klik pada add Coord frm hint, tukarkan type kepada x-axis, klik connect to   selected, klik update coord. Frame.
7. Klik add test objects dan lihatlah hasil tracking dengan meggerakkan timeline.
8. Klik export camera dan pilih format yang mahu disimpan untuk di eksport kepada program seperti 3ds max, maya,etc.

nota:
1. Untuk yang baru belajar, anda digalakkan on-kan wizard.
2. Beberapa langkah tambahan untuk menambahkan kualiti tracking.

  • sebelum proses track features, klik advace dan tambahkan sensitiviti.
  • sebelum proses camera solves, tanda optimize radial distortion parameters dan optimize camera path smoothness.
  • selepas camera solves, pergi ke 3d tasks>assess lens distortion(automatic).
3. Sekiranya object test berada kedudukan yang salah, tukar type Coord frm hint di scene geometry dan terus mencuba yang mana kedudukan yang betul.
4. Sekiranya terdapat masalah dan gagal dalam tracking ini, beberapa kemungkinan adalah disebabkan
  • pergerakan kamera yang terlalu laju.
  • kedudukan kamera yang tidak sesuai .
  • pergerakan kamera yang mengelirukan.

Export ke 3ds Max

1. Selepas proses selesai dalam Boujou, export camera dalam format 3D Studio Max(*.ms).
2. Buka 3dsmax.
3. Pergi ke MAXScript dan klik Run Script.
4. Pilih fail yang di-export tadi.
5. Tukarkan perspective view kepada camera 1 dan pergi ke viewport background, klik show background.
6. Hasilkan apa-apa model 3d dan masukkan elemen yang realistik seperti cahaya dan sebagainya.
7. Pilih Active Time Segment dalam ruangan Time Output.
8. Pergi ke render setup dan klik files di ruangan render output. Simpan fail dalam format png.
9. Klik Render dan tuggu sehingga proses siap.
10. Proses akan bersambung dalam Adobe After Effects.

Export ke Adobe After Effects

1. Buka Adobe After Effects.
2. Import Video asal.
3. Tarik fail video tersebut ke ruangan timeline.
4. Import Fail png yang telah di-render dalam 3ds max(pilih frame pertama).
5. Tarik fail png tersebut ke ruangan timeline.
6. Frame rate fail png tersebut perlu disamakan dengan video asal. Klik kanan pada fail png tersebut>interpret footage>main. 
7. Tambahkan efek seperti color correction, blur and sharpen, Noise and Grain, dan sebagainya agar lebih realistik.

0 comments:

Magnifying the Universe


The Universe made possible by Number Sleuth